Salam,
Pada zaman sekarang ini, pendidikan islam di Malaysia tidak berjaya mendidik anak2 islam menjadi islam sejati dan dengan erti kata lain islam yang kepura-puraan(Munafik). Contohnya sangat jelas;
1.Budak perempuan pergi sekolah pakai tudung tapi keluar sekolah tanggal tudung.
2.Budak sekolah menghafaz ayat2 al-quran hanya semata2 utk mendapatkan markah dan kelulusan, tetapi tidak mempraktikan apa isi kandungan ayat itu.
3.Ada juga pelajar yang memakai tudung semasa kelas agama,majlis agama dan acara2 berkaitan agama sekadar menghormati org, bukankah sepatutnya menutup aurat itu tujuannya menghormati hukum Allah.
4.Anak2 kita sekarang ini menjadikan idola barat dan pemimpin yang memberikan contoh tidak baik sebagai penanda aras utk berjaya,bukankah sepatutnya Nabi Muhammad yang menjadi pemimpin contoh utk kita berjaya di Dunia dan di Akhirat.
Kesimpulanya mudah, Pendidikan Islam di Malaysia perlu perubahan. Pendidikan Islam yang seharusnya ialah berteraskan pemahaman Al-Quran dan Sunnah dan mewajibkan bahasa arab(bahasa Al-Quran) untuk pelajar beragama islam sejak dari tadika lagi. Jika ini yang diamalkan pasti negara islam (Malaysia) maka tidak akan pincang dengan anasir2 yg berasaskan syaitan laknatullah. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya, anak ibarat kain putih...jika Al-Quran dan Sunnah menjadi amalan dari kecil maka insyallah Syurgalah ganjarannya. Aamin...